Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Beberapa rakyat Yaman menyindir tindakan General al-Sisi yang menghadiahkan dua pulau miliknya kepada Arab Saudi dengan menyatakan, "Setahun serang Yaman, akhirnya Saudi tawan dua pulau Mesir".
Raja Saudi, Salman bin Abdul Aziz dalam kunjungannya ke Mesir telah menandatangani kesefahaman bersama Al-Sisi mengenai sempadan negara masing-masing yang menyebabkan Mesir kehilangan kedaulatan ke atas dua buah pulau miliknya, iaitu pulau Sanafir dan Tiran.
Kesefahaman tersebut menimbulkan kemarahan rakyat Mesir dan sebahagian penganalisa politik menganggap ianya sebagai tindakan paling bahaya dalam era pemerintahan General al-Sisi.
Tindakan Al-Sisi ini terjadi ketika penduduk Yaman berjuang mempertahankan tiap inci wilayahnya dari pencerobohan Arab Saudi sejak 13 bulan yang lalu.